Thursday 8 December 2011


                       Tips elakkan mengantuk didalam kelas!!



Bila mengenangkan zaman belajar diwaktu sekolah, kolej dan universiti. Ada macam-macam ragam nak kasi dari mengantuk mengusai diri nih. Aku rasa paling gila-gila di zaman kolej lah kot. Haha!!
Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin  (yang betul semangat nak belajar lah!!!) kebanyakan mereka langsung tidak berniat pun untuk tidur, cuma ada beberapa keadaan yang memang senang terlelap dalam bilik kuliah. Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan tahap dewa.
Nak-nak lagi, kalau lecturer/cikgu yang ajar kita tuh memang anti. Grrr!!
Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku?
Mengakui (pengakuan wei!) sebenarnya pun tertidur juga masa dekat kuliah masa menjadi pelajar. Tapi tak selalu lah kan, ikut kelas apa. Kadang-kadang bukan sebab tak cukup tidur. Kelas yang agak boring dan dia punya graf pensyarah mengajar atau cikgu terlalu mendatar menyebabkan aku tertidor. Minta maaf lah yer.
Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:
1. Bawa gula-gula getah dengan kuantiti yang mencukupi. Apabila lecture start jer, makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak mengantuk. Keberkesannanya bergantung kepada individu.
2. Bawa bersama air masak (air mineral pun boleh!). Mengikut kajian saintifik, otak kita ini memerlukan 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bendalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips ini, sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air, orang melayu memang jarang-jarang sekali nak bawak. Kalau malas sangat beli air mineral seringgit tuh dekat kedai/kiosk.
3. Bila mengantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! Bukan untuk balik asrama/rumah atau tidor, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni. Nak lagi bagus ambil Wudhu.
4. Kalau mengantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelahurutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.
5. Kacau kawan sebelah sampai tak rasa mengantuk. Ajak bersembang, tapi mesti pandai cover line. Padahnya, tumpuan kat kelas memang out lah!! (tidak digalakkan).
6. Main conteng-conteng. Ini aku biasanya aku lakukan ketika zaman univeristi. Kiranya ia macam main mesej-mesej pun ada. Tulis, nak tanya apa-apa pastu passing. Pernah juga kantoi. Tapitu dalam cerita televisyen. Yang real, kitaorang pro maa. Kalau boleh tuh, main bluetooth guna hanphone, canggih sikit. Alah, bbm blackberry pun ok jer. Main tic toe pun ok jer.
7. Kalau mengantuk gak lagi, Azan jelah dalam kelas. Nanti syaitan kan lari. Kalau kawan kelas cakap kau gila, kau cakaplah, syaitan lagi gila kacau aku nak belajar. (aku tak pernah buat, gila apa!!).
8. Pergi ke kawasan yang bercahaya, kawasan yang bercahaya dapat menyegarkan mata kita yang berat bagaikan sekampit beras yang bertempek kat mata korang tu. Boelh duduk bawah lampu, kalau kelas tuh gelap. Memang nahas lah. Favorite untuk tidor.
9. Letakkan wangian aromaterapi.
Nampak on costlah pulak! Ada wangian aromaterapi yang boleh memberikan kita kesegaran yang kita perlu. Letaklah berhampiran dengan meja kerja korang sebab bau yang segar tu boleh merangsang deria bau dan juga mengurangkan rasa mengantuk. Cadangan wangian ; mint, lemon. Tapi kalau nak gempak, letak kapur barus. Haha!!
10. Dengar muzik


Tapi pastikan muzik yang agak sentimental. Jangan slow, lagi cepat tertidor kang. Rock-rock pun ok gak. Biasanya budak perempuan yang buat, sebab pakai tudung boleh cover headphone. So, dalam kelas tuh duk angguk-angguk. Padahal tak paham apapun.


11. Buat senaman
Ia dilihat berkesan, sebab bila buat senaman badan kita ataupon otot kita ni bergerak. Jadinya segala abdomen badan  kita yang malas akan terjaga dan akan mengaktifkan hormon korang. cuba korang buat senaman poco-poco pun BOLEH!!
12. Pandang sekeliling
Jangan la korang asyik fokus satu tempat , Papan hitan, papan putih depan tuh! Memang la mengantuk, kalau dalam kelas tu mengadap jek muke lecturer yang bengis tuh memang penyebab korang ngantuk. Jadi disarankan agar korang pandang la jugak sekeliling, lagi untung kalau time mengantuk ada awek lalu tepi kelas. CONFIRM celik mata korang. Kelas degree aku semua lelaki, hampeh!!
13. Banyakkan bertanya. Selain dapat elakkan mengantuk, dapat lagi kita paham (jangan terlebih paham sudah) dalam kelas tuh. Tetapi jangan tanya benda yang sama jer. Kantoi sangat tuh.
14. Tidur jer. Habis cerita. Kadang-kadang ada ectuer yang jenis tak kisah, kalau student tidor depan dia. Yang penting assignment siap dan kelas datang. Lambat masuk dan tak bagi respons dalam kelas, lain ceritanya.
p/s : sesetengah orang suka minum nescape nak Hilangkan mengantuk..sejauh mana keberkesannya?? Ada lagi idea??? Cer kongsi-cer kongsi.

No comments:

Post a Comment